Nama : Hang Tuah

Bangsa : Melayu

Tarikh lahir : Tahun 1444M ( Zaman Sultan Sultan Muhammad Shah 1424- 1444 Masihi)

Tarikh Meninggal : Tidak Diketahui (Kali terakhir terlihat di Temasik)

Tempat lahir : Kampung Sungai Duyung, Melaka

Nama Bapa : Hang Mahmud (Pernah menjadi hulu balang istana)

Nama ibu : Dang Merdu Wati (Keturunan Dayang Istana)

Kerajaan : Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511)

Jawatan Dalam Kerajaan : Laksamana Kesultanan Melaka

Seni Mempertahankan diri : Silat

Kawan Baik : Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu (Bergurukan guru yang sama iaitu Adiputra di Gunung Ledang)

Ayat Terkenal : Takkan Melayu Hilang Di Dunia, Selagi Berpegang Teguh Pada Islam” yang bererti bangsa Melayu tidak akan punah di bumi ini selagi memeluk agama Islam

PERJALANAN MENJADI LAKSAMANA MELAKA

Pada suatu hari, Hang tuah bersama 4 orang kawan baiknya berjaya menyelamatkan seorang Dato’ Bendahara (iaitu Perdana Menteri) Kesultanan Melaka daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk. Dato’ Bendahara tersebut amat kagum dengan ketangkasan Hang tuah dan kawannya lalu Bendahara menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.

Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana.

HANG TUAH MENDAPAT KERIS TAMING SARI

Gambar Keris Taming Sari kepunyaan Hang Tuah

Semasa mengiringi Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Shah ( 1456 – 1477) ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu, Taming Sari yang merupakan seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu, Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Raja Majapahit iaitu Suraprabhawa ( 1466-1474) kepada Hang Tuah. [perlu rujukan]

PERTARUNGAN ANTARA HANG TUAH DAN HANG JEBAT

Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.

Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.

Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.

Di dalam cerita sejarah di atas banyak perkara yang boleh dijadikan perbincangan :-

1. Hang Tuah pada Zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah pada 1488 – 1511 berumur 57- 80 tahun.

2. Tun Ali iaitu Bendahara Melaka ke-4 di katakan meninggal pada tahun 1456 di zaman Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) dan jika Tun Ali tidak meninggal lagi pada zaman ini berkemungkinan Tun Ali meninggal pada zaman Sultan Mansur Shah (1456 – 1477) yang dikatakan Tun Ali sudah terlalu tua untuk menjabat jabatan bendahara.

3. Bendahara Melaka pada ketika peristiwa ini berkemungkinan ialah Tun Perak (1456–1498) iaitu bendahara melaka ke-5 selepas tun ali

4. Ramai orang percaya Hang Jebat tidak di bunuh oleh Hang Tuah tetapi Hang Jebat dilarikan oleh Hang Tuah keluar dari Melaka selepas pertarungan itu ini kerana pertarungan tersebut dan mayat Hang Jebat tidak dapat dilihat oleh orang ramai.

5. Menurut Sejarah Melayu, Laksamana Hang Nadim yang pergi untuk mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan Permaisuri Sultan Melaka dan Laksamana Hang Nadim dikatakan anak kandung kepada Hang Jebat.

6. Pendapat terakhir berkata, Tun teja sebenarnya nenda/nenek kepada Sultan Mahmud Shah

Sejarah yang sebenar-benarnya hanya Allah yang Maha mengetahui

Sumber Rujukan :-

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hang_Tuah

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Tun_Ali

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mahmud_Shah

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Tun_Teja#